Monday, May 26, 2014

3 tip sebelum menulis copywriting


Ramai yang dah tersilap sangka.
Copywriting atau kita panggil
ayat power adalah penyumbang 
kepada jualan yang banyak.


Semua tu karut. Mitos..
Kenapa saya kata begitu?


Copywriting yang kita hasilkan
akan menjadi copywriting yang
power apabila copywriting itu
dilihat oleh orang yang sepatutnya.


Dalam bahasa ilmiahnya.
"Targetted Audience"


Sebab itu sebelum kita menulis
copywriting kita perlu kenal dahulu
manfaat produk dan masalah yang paling
utama prospek kita dapat selesaikan
jika mereka beli produk kita.


3 Tip sebelum tulis copywriting
===============

1) Kenal pasti manfaat utama produk
2) kenalpasti masalah prospek
3) Kenalpasi emosi ketakutan manusia sekiranya
mereka tak dapat selesaikan masalah tadi.


Mula menulis copywriting anda.

paling penting selepas anda menulis copywriting
arahan untuk prospek bertindak perlu jelas.
agar prospek kita tidak keliru.


Tujuannya supaya anda mudah hadam.

Saya akan kongsikan lagi tips copywriting
dalam artikel seterusnya.


Saturday, May 24, 2014

3 Langkah Mudah Memulakan Perniagaan Internet

Perniagaan internet:macamana nak mula? itu yang terdetik didalam fikiran kita semua kan

Sebelum kita memulakan sesuatu perniagaan Internet, kita perlu
menguasai beberapa strategi untuk menjana keuntungan yang pertama.
Antara strategi yang perlu ada sebelum memulakan perniagaan
Internet, adalah:
1. Kedai online yang mempunyai sistem tempahan dan pembayaran.
Kedai online kita perlu ada borang tempahan dan pembayaran untuk
memudahkan pelanggan menempah barang dan seterusnya
membuat pembayaran. Borang tempahan merangkumi
maklumat-maklumat diri seperti nama, alamat rumah dan jumlah
pembayaran.
Pembayaran pula, boleh dibuat kepada beberapa jenis bank untuk
memudahkan lagi pelanggan membuat pilihan untuk bayaran.
2. Mulakan aktiviti promosi pada hari ini juga, jangan tunggu
sampai esok. 
Promosi adalah nadi jualan. Tanpa promosi, kita tidak boleh membuat
sebarang jualan. Kerana, mesej pemasaran tidak sampai kepada
sasaran-pelanggan. Justeru itu, apabila kita memiliki produk
dan kedai online, teruskan dengan aktiviti promosi.
Sebagai permulaan, promosikan produk melalui Facebook. Perkenalkan
produk kepada rakan-rakan di Facebook.
Jika mempunyai bajet yang lebih, lakukan promosi menggunakan
Facebook Ads. Itu adalah kaedah paling pantas untuk menjana
jualan dalam masa kurang 24 jam.
3. Follow-up pelanggan lebih kerap.
Follow-up pelanggan adalah strategi yang paling banyak menjana
keuntungan. Kerana, kita sentiasa memberi kesedaran kepada
pelanggan tentang kelebihan produk kita.
Kebiasaannya, prospek tidak terus membeli pada promosi yang
pertama. Mungkin terdapat beberapa faktor yang menyebabkan
mereka tidak membeli produk kita seperti tidak fokus ketika
promosi berjalan, tidak mempunyai bajet dan banyak lagi faktor lain.
Menurut kajian, prospek atau pelanggan akan menyedari promosi
selepas 7 kali kewujudan produk kita masuk ke dalam
minda mereka. Jadi, teruskan promosi setiap hari agar mereka tahu
dengan kewujudan produk kita.
Salah satu tool yang anda boleh guna adalah melalui "EMEL Marketing" yang membantu anda mengumpul database anda dengan mudah dan melakukan promosi berkala.Contoh website anda boleh ke:-
  1. http://www.aweber.com/
  2. http://www.getresponse.com/
Jumpa Lagi

 

Tuesday, May 20, 2014

Kuasa Penulisan

Salam untuk anda Semua, malam ini saya mahu kongsi artikel yang saya baca dari "Majalah AO Tribe" keluaran may 2014 iaitu kelebihan dalam penulisan.Penulisan menjadikan kita lebih fokus dan peka.

so saya hanya tulis apa yang saya paham seperti dibawah.

  1. Penulisan Membantu Daya Ingatan
  2. Penulisan adlah maklumat kekal
  3. Penulisan menjadikan kita genius
  4. Penulisan mendisiplinkan diri
  5. Penulisan menyelesaikan masalah
Insyallah saya akan jelaskan point2 yang diberikan esok malam
tunggu ye




Sunday, May 18, 2014

Mudahnya bahasa jepun

Hajimemashite: Salam perkenalan 
Watashiwa: saya 
Nihongo : bahasa jepun
Oshiemasu: mengajar
Yoroshiku onegaishimasu: harap dapat bekerjasama.
Arigatougozaimasu: terima kasih

Mukadimah

Salam perkenalan 
ini warkah pertama aku dalam dunia blog.sebenarnya tak pandai menulis  tapi belasah aja untuk mengasah dan menajamkan skill penulisan aku yg agak tak berapa bagus. Sebab masa sekolah dulu aku kalau bab esei ni kureng sket la.

orang kata kalau tak cuba macamana nak tahu dan jadi bagus.insyallah dalam blog ini aku akan cuba kongsikan tentang hobi aku yang suka tentang bola sepak, pengurusan kewangan dan peluang menambah pendapatan.

so esok malam aku akan kongsikan artikel pertama aku yer...
tungguuu

selamat malam

Azam