Saturday, May 24, 2014

3 Langkah Mudah Memulakan Perniagaan Internet

Perniagaan internet:macamana nak mula? itu yang terdetik didalam fikiran kita semua kan

Sebelum kita memulakan sesuatu perniagaan Internet, kita perlu
menguasai beberapa strategi untuk menjana keuntungan yang pertama.
Antara strategi yang perlu ada sebelum memulakan perniagaan
Internet, adalah:
1. Kedai online yang mempunyai sistem tempahan dan pembayaran.
Kedai online kita perlu ada borang tempahan dan pembayaran untuk
memudahkan pelanggan menempah barang dan seterusnya
membuat pembayaran. Borang tempahan merangkumi
maklumat-maklumat diri seperti nama, alamat rumah dan jumlah
pembayaran.
Pembayaran pula, boleh dibuat kepada beberapa jenis bank untuk
memudahkan lagi pelanggan membuat pilihan untuk bayaran.
2. Mulakan aktiviti promosi pada hari ini juga, jangan tunggu
sampai esok. 
Promosi adalah nadi jualan. Tanpa promosi, kita tidak boleh membuat
sebarang jualan. Kerana, mesej pemasaran tidak sampai kepada
sasaran-pelanggan. Justeru itu, apabila kita memiliki produk
dan kedai online, teruskan dengan aktiviti promosi.
Sebagai permulaan, promosikan produk melalui Facebook. Perkenalkan
produk kepada rakan-rakan di Facebook.
Jika mempunyai bajet yang lebih, lakukan promosi menggunakan
Facebook Ads. Itu adalah kaedah paling pantas untuk menjana
jualan dalam masa kurang 24 jam.
3. Follow-up pelanggan lebih kerap.
Follow-up pelanggan adalah strategi yang paling banyak menjana
keuntungan. Kerana, kita sentiasa memberi kesedaran kepada
pelanggan tentang kelebihan produk kita.
Kebiasaannya, prospek tidak terus membeli pada promosi yang
pertama. Mungkin terdapat beberapa faktor yang menyebabkan
mereka tidak membeli produk kita seperti tidak fokus ketika
promosi berjalan, tidak mempunyai bajet dan banyak lagi faktor lain.
Menurut kajian, prospek atau pelanggan akan menyedari promosi
selepas 7 kali kewujudan produk kita masuk ke dalam
minda mereka. Jadi, teruskan promosi setiap hari agar mereka tahu
dengan kewujudan produk kita.
Salah satu tool yang anda boleh guna adalah melalui "EMEL Marketing" yang membantu anda mengumpul database anda dengan mudah dan melakukan promosi berkala.Contoh website anda boleh ke:-
  1. http://www.aweber.com/
  2. http://www.getresponse.com/
Jumpa Lagi

 

No comments:

Post a Comment